Saturday, August 2, 2008

PTPTIPU!!!!!

Kos PTPTN makin membunga, membuah


MASALAH yang dihadapi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sering ditimbulkan media, sehingga kerajaan berusaha me-ngurangkan masalah dihadapi peminjam.

Mungkin pengalaman anak saya sebagai pembayar pinjaman, boleh dijadikan renungan kepada pihak terbabit bagaimana kos perkhidmatan yang pada awalnya hanya tiga peratus boleh 'membunga dan membuah' sehingga menjadi beban kepada peminjam.

Untuk pengetahuan, anak saya menuntut di Universiti Sains Malaysia pada 1998 sehingga 2 November 1999 dan menikmati kemudahan pinjaman PTPTN berjumlah RM21,000. Terima kasih kepada kerajaan kerana pinjaman berkenaan.



Selepas itu, anak saya menerima surat Lembaga Hasil Dalam Negeri bertarikh 23 November 2001 bagi arahan bayaran balik pinjaman mulai Disember 2000 hingga November 2015 (180 bulan). Surat LHDN itu terlewat 23 bulan berbanding tarikh mula kena bayar balik pinjaman. Penyata Kira-Kira Pinjaman bertarikh 30 November 2000 dicetak pertama kali pada 12 September 2004 dan dihantar kepada peminjam.

Saya dapati baki akhir pinjaman pada 31 Julai 2002 ialah RM22,248.80. Ia bermakna dalam tempoh 20 bulan saja kos perkhidmatan adalah berjumlah RM1,248.80 (iaitu 5.94 peratus daripada jumlah pinjaman).

Kos perkhidmatan mula dikenakan pada 31 Disember 2000 dan terus dikenakan setiap akhir bulan. Nilai kos perkhidmatan bagi sesuatu bulan dikira berasaskan baki pada bulan sebelumnya. Baki yang menjadi asas kiraan kos perkhidmatan itu adalah termasuk kos perkhidmatan yang dikira pada tiap-tiap bulan sebelumnya.

Untuk pengetahuan, anak saya mula membayar balik pinjaman itu pada 10 Disember 2001 iaitu sebaik saja saya terima 'Surat Arahan Bayar Balik'. Saya membuat bayaran balik RM152.57 sebulan tiap-tiap bulan hingga sekarang. Sehingga 7 Julai lalu, saya sudah membayar sebanyak RM12,205.60 (selama 80 bulan).

Hingga 7 Mei 2007, kami sudah membayar RM10,069.62, (selama 66 bulan). Mengikut penyata terakhir yang diterima, baki pinjaman pada 17 Jun 2007 ialah RM14,863.07. Ia bermakna kos perkhidmatan atas pinjam berkenaan ialah sebanyak RM3,932.69 iaitu 18.72 peratus daripada jumlah pinjaman.

Saya jangka jumlah kos perkhidmatan akan melebihi RM7,000 apabila pinjaman dijelaskan dalam tempoh 114 bulan lagi. Jika kos perkhidmatan sebenarnya melebihi RM7,000, ia adalah melebihi 33.3 peratus, iaitu bukan suatu nilai yang dikatakan 'kecil' saja oleh sesetengah pihak.

Angka tiga peratus sebagai kos perkhidmatan memang kecil tetapi itu bukan hakikat sebenar yang ditanggung peminjam atau ayah peminjam seperti saya.

Saya menunggu bagaimana maklum balas daripada PTPTN berhubung pengiraan kos perkhidmatan tiga peratus yang tidak ada unsur riba dan tidak membebankan peminjam miskin.

MOHAMED RAWI CHE MUDA
Kota Bharu,
Kelantan.


article ni ak amik dlm BHARIAN,02/08/08....
realize r frenz kta sdg dtipu.....
let it sread out!!!tq