Thursday, August 28, 2008

Rest less Brain.

Before & After....Marriage

Before and After....


Before Marriage.... ..

Boy: Yes. At last. It was so hard to wait.

Girl: Do you want me to leave?

Boy: NO! Don't even think about it.

Girl: Do you love me?

Boy: Of course! Over and over!

Girl: Have you ever cheated on me?

Boy: NO! Why are you even asking?

Girl: Will you kiss me?

Boy: Every chance I get!

Girl: Will you hit me?

Boy: Are you crazy! I'm not that kind of person!

Girl: Can I trust you?

Boy: Yes.

Girl: Darling!

After Marriage...... SIMPLY READ FROM BOTTOM TO TOP--


think.treat.THANK.

Thursday, August 7, 2008

Politikus...???

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Aug 02, 08 | 12:35:25 pm MYT

i'm try to share a simple bit about a news that maybe we just not realize it occur around us...


Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.

Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.

Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amran pun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan Perak dan (Yang Dipertua Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau.

ak copy,edit n paste www.*******daily.net

Wednesday, August 6, 2008

materials engineering study...


stress n strain???
which one is better for us?stress right...
so, calculation there;

stress = engineering material + (test)^2...

waargh.......!!!!

test test test test........is????


next week will become so pack for us.....
nothing much can do,jusst study study study.......
hop we all can score and fight for better income????
how abot scolarship????hehehe...
adios..

Saturday, August 2, 2008

PTPTIPU!!!!!

Kos PTPTN makin membunga, membuah


MASALAH yang dihadapi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sering ditimbulkan media, sehingga kerajaan berusaha me-ngurangkan masalah dihadapi peminjam.

Mungkin pengalaman anak saya sebagai pembayar pinjaman, boleh dijadikan renungan kepada pihak terbabit bagaimana kos perkhidmatan yang pada awalnya hanya tiga peratus boleh 'membunga dan membuah' sehingga menjadi beban kepada peminjam.

Untuk pengetahuan, anak saya menuntut di Universiti Sains Malaysia pada 1998 sehingga 2 November 1999 dan menikmati kemudahan pinjaman PTPTN berjumlah RM21,000. Terima kasih kepada kerajaan kerana pinjaman berkenaan.



Selepas itu, anak saya menerima surat Lembaga Hasil Dalam Negeri bertarikh 23 November 2001 bagi arahan bayaran balik pinjaman mulai Disember 2000 hingga November 2015 (180 bulan). Surat LHDN itu terlewat 23 bulan berbanding tarikh mula kena bayar balik pinjaman. Penyata Kira-Kira Pinjaman bertarikh 30 November 2000 dicetak pertama kali pada 12 September 2004 dan dihantar kepada peminjam.

Saya dapati baki akhir pinjaman pada 31 Julai 2002 ialah RM22,248.80. Ia bermakna dalam tempoh 20 bulan saja kos perkhidmatan adalah berjumlah RM1,248.80 (iaitu 5.94 peratus daripada jumlah pinjaman).

Kos perkhidmatan mula dikenakan pada 31 Disember 2000 dan terus dikenakan setiap akhir bulan. Nilai kos perkhidmatan bagi sesuatu bulan dikira berasaskan baki pada bulan sebelumnya. Baki yang menjadi asas kiraan kos perkhidmatan itu adalah termasuk kos perkhidmatan yang dikira pada tiap-tiap bulan sebelumnya.

Untuk pengetahuan, anak saya mula membayar balik pinjaman itu pada 10 Disember 2001 iaitu sebaik saja saya terima 'Surat Arahan Bayar Balik'. Saya membuat bayaran balik RM152.57 sebulan tiap-tiap bulan hingga sekarang. Sehingga 7 Julai lalu, saya sudah membayar sebanyak RM12,205.60 (selama 80 bulan).

Hingga 7 Mei 2007, kami sudah membayar RM10,069.62, (selama 66 bulan). Mengikut penyata terakhir yang diterima, baki pinjaman pada 17 Jun 2007 ialah RM14,863.07. Ia bermakna kos perkhidmatan atas pinjam berkenaan ialah sebanyak RM3,932.69 iaitu 18.72 peratus daripada jumlah pinjaman.

Saya jangka jumlah kos perkhidmatan akan melebihi RM7,000 apabila pinjaman dijelaskan dalam tempoh 114 bulan lagi. Jika kos perkhidmatan sebenarnya melebihi RM7,000, ia adalah melebihi 33.3 peratus, iaitu bukan suatu nilai yang dikatakan 'kecil' saja oleh sesetengah pihak.

Angka tiga peratus sebagai kos perkhidmatan memang kecil tetapi itu bukan hakikat sebenar yang ditanggung peminjam atau ayah peminjam seperti saya.

Saya menunggu bagaimana maklum balas daripada PTPTN berhubung pengiraan kos perkhidmatan tiga peratus yang tidak ada unsur riba dan tidak membebankan peminjam miskin.

MOHAMED RAWI CHE MUDA
Kota Bharu,
Kelantan.


article ni ak amik dlm BHARIAN,02/08/08....
realize r frenz kta sdg dtipu.....
let it sread out!!!tq